Memenuhi pesanan secara manual
Dalam artikel ini:
Pengenalan
Memenuhi pesanan secara manual
Biar pelanggan menjejaki bungkusan mereka dalam laman web anda
Kemas kini maklumat penjejekan
**1. Pengenalan**
Memenuhi pesanan bermakna selepas bungkusan telah dihantar, anda mengemas kini butiran penghantaran pesanan kepada pelanggan.

Jika pesanan anda terdiri daripada lebih daripada satu produk dan anda menghantar produk pada masa yang berlainan, anda boleh memisahkan satu pesanan ke dalam beberapa pemenuhan mengikut produk juga.
**2. Memenuhi pesanan secara manual**
Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Pesanan > klik masuk pesanan > Memenuhi > pilih Memenuhi secara manual.

Langkah 2 : Isikan Kuantiti produk yang anda ingin memenuhi sekarang > klik Memenuhi. Dalam contoh ini, kami akan memenuhi dua item dengan quantiti penuh dulu.

Langkah 3 : Isikan Perkhidmatan kurier, Nombor jejekan, URL jejakan dan semak Status pemenuhan pesanan adalah betul > klik Update tracking info.

Langkah 4 : Jika anda pilih Hantar semula e-mel kepada pelanggan, pelanggan akan terima satu e-mel dengan butiran pemenuhan di mana mereka boleh dengan mudah klik Track my order dan pergi ke URL jejakan.
💡 Tips : Templat ini boleh diedit di Admin > Tetapan > Templat > Pesanan E-mel Pengesahan Pesanan

Langkah 5 : Setelah selesai, status pemenuhan pesanan akan berubah menjadi Sebahagian dipenuhi dan anda dapat melihat produk dan kuantiti yang telah dipenuhi.

Langkah 6 : Apabila produk yang lain sudah siap, anda boleh mengulangi langkah 2.1 hingga 2.4 di atas untuk memenuhi produk yang lain.

Langkah 7 : Apabila semua produk dalam pesanan telah dipenuhi, status pemenuhan pesanan akan berubah menjadi Dipenuhi.

**3. Biar pelanggan menjejaki bungkusan mereka dalam laman web anda**
Langkah 1 : Anda boleh menjana pautan jejakan yang membolehkan pelanggan menjejaki bungkusan mereka di dalam laman web anda.
Langkah 2 : Pergi ke Admin EasyStore > Aplikasi > Tracking.my > Menginstal.

Langkah 3 : Tiada tetapan diperlukan. Hanya masukkan nama kurier dan nombor jejakan > klik Generate > salin pautan yang dihasilkan dan tampal dalam bidang URL jejakan apabila memenuhi pesanan secara manual.

Langkah 4 : Pelanggan boleh klik pada URL jejakan dalam e-mel dan melihat pergerakan bungkusan dalam laman web anda.

**4. Kemas kini maklumat penjejekan**
Langkah 1 : Jika anda tersilap memenuhi pesanan dengan maklumat yang salah, anda boleh mengemas kini butiran pesanan anda.
Langkah 2 : Pergi ke Admin EasyStore > Pesanan > klik masuk pesanan > di bawah Sejarah, klik pada peristiwa yang berkaitan dengan penghantaran.

Langkah 3 : Klik pada ikon pensil.

Langkah 4 : Masukkan butiran jejakan baru > semak Hantar semula emel > klik Update tracking info > Selesai.

💡 Tips : Kecuali secara manual, pedagang juga dapat memenuhi pesanan menggunakan aplikasi penghantaran seperti EasyParcel Malaysia
Updated on: 20/09/2022
Thank you!