Articles on: Produk & Koleksi

Tambah kategori produk pada menu navigasi atas



Dalam artikel ini :



Pengenalan

Sediakan kategori anda

Tambah kategori produk pada menu utama

Tukar nama atau sembunyikan navigasi "Catalog" lalai





**1. Pengenalan**



Menunjukkan lebih banyak koleksi pada menu utama boleh memberi pengunjung-pengunjung kedai online anda satu gambaran keseluruhan yang ringkas mengenai kepelbagaian produk anda. Ini bukan sahaja menjimatkan masa carian mereka, pada masa yang sama secara tidak langsung mengiklankan koleksi yang mereka tidak cari dan mendorong lebih banyak jualan.

**2. Sediakan kategori anda**



Langkah 1 : Pastikan anda telah mewujudkan kategori dalam Admin > Produk > Koleksi dan tambah produk ke dalam kategori masing-masing. Sekiranya belum, ketahui lebih lanjut mengenai menguruskan koleksi produk.

Langkah 2 : Apabila kategori mengandungi sub-kategori, senarai juntai bawah akan dibentuk secara automatik.



**3. Tambah kategori produk pada menu utama**



Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai Online > Navigasi > Menambah Navigasi > isikan butiran-butiran berikut > Simpan.

Pilih Menu Utama sebagai menu paparan

Pilih Koleksi sebagai jenis navigasi

Pilih koleksi yang anda ingin mengarahkan pengujung anda

isikan Nama Navigator anda, nama yang pengunjung anda akan lihat pada menu utama untuk klik, biasanya nama koleksi dalam kes ini

pilih Navigator tanggal diterbitkan anda ( nyahtanda jika anda ingin menyembunyikan navigator ini )




Langkah 2 : Ulang Langkah 3.2 untuk koleksi-koleksi lain jika berkenaan.




**4. Tukar nama atau sembunyikan navigator "Catalog" lalai**



Navigasi "Catalog" diwujudkan secara lalai oleh sistem dan akan sentiasa memaparkan semua koleksi produk anda, termasuk sub-koleksi di senarai juntai bawah. Ia tidak dapat dialih keluar tetapi anda boleh tukar namanya atau menyembunyikannya dengan mengklik Edit > nyahtanda Navigator tanggal diterbitkan > Simpan.

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!