Articles on: Tetapan Umum

Membina kedai baru menggunakan akaun email yang sama.

Anda bercadang untuk membuka kedai lain memandangkan perniagaan anda di Easystore semakin berkembang. Oleh kerana kami sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku, anda dibenarkan untuk menguruskan pelbagai kedai dengan menggunakan satu akaun emel sahaja. Antara kelebihan mewujudkan kedai baru menggunakan akaun email yang sama adalah anda boleh menukar kedai anda tanpa perlu log masuk dan log keluar.

Dalam artikel ini :



Membuka kedai baru

Menukar kedai



1. Membuka kedai baru



1.1 Ianya sangat mudah, hanya pergi ke Admin Panel Easystore > klik pada nama kedai anda yang berada di bucu sebelah kanan atas > Menukar kedai.



1.2 Klik Bina kedai baru > Masukkan nama kedai 

1.3 Setelah itu masukkan nama kedai anda. 

📌 Pastikan nama kedai yang dipilih bersesuaian dengan perniagaan anda. Hal ini kerana, setelah kedai berjaya dibina, nama kedai tidak boleh ditukar lagi.



1.4 Anda telah berjaya membina kedai baru apabila menyelesaikan semua langkah di atas.


2. Menukar kedai



Berikut merupakan langkah-langkah untuk menukar kedai anda kepada kedai lain setelah anda berjaya membina beberapa kedai.

2.1  Pergi ke Admin Panel Easystore > klik pada nama kedai anda yang berada di bucu sebelah kanan atas > klik Mengurus semua kedai



2.2 Anda boleh memilih kedai yang ingin diuruskan > klik uruskan kedai ini .



2.3 Seperti yang anda dapat lihat, nama kedai akan turut berubah setelah anda menukar kedai anda. 






Artikel berkaitan :

Mengubah nama kedai anda

Mengubah status kedai

Menukar pemilikan kedai

Updated on: 27/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!