Tambah pesanan secara manual
Dalam artikel ini:
- Bermula
- Tambah pelanggan untuk pesanan
- Tambah produk untuk pesanan
- Tambah remark dan nota
1. Bermula
Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Pesanan > Tambah pesanan.

Langkah 2 : Terdapat 2 bahagian yang perlu diisikan:
- Bahagian pelanggan pada sebelah kanan
- Bahagian produk pada sebelah kiri

2. Tambah pelanggan untuk pesanan
Langkah 1 : Terdapat 2 cara untuk tambah pelanggan dalam pesanan manual.

💡 Tips : Jika pilih dari senarai pelanggan yang sedia ada, alamat bil dan penghantaran pelanggan akan ditambahkan secara automatik, tapi anda boleh edit atau tukar kepada pickup

💡 Tips : Jika Tambah pelanggan dipilih, anda perlu isikan alamat bil dan penghantaran atau pilih lokasi pikap secara manual

3. Tambah produk untuk pesanan
Langkah 1 : Terdapat 2 cara untuk tambah produk dalam pesanan manual:

- 1 - Pilih dari senarai produk yang sedia ada.
- 2 - Jika Tambah produk disesuaikan dipilih, anda perlu isikan maklumat asas produk ini untuk ditambahkan.

Langkah 2 : Lepas tambah produk, anda juga boleh seterusnya tambah diskaun, kaedah penghantaran dan cukai untuk pesanan manual ini ( jika perlu ).

4. Tambah remark dan nota
Langkah 1 : Akhir sekali selepas tambah pelanggan dan produk, anda boleh tambahkan remark dan nota untuk pesanan :
- Remark pelanggan - boleh dijumpai oleh pelanggan di kedai online ( jika pelanggan berdaftar dan boleh log masuk Akaun Saya untuk semak maklumat pesanan )
- Nota penjual - hanya boleh dijumpai oleh anda sendiri

Langkah 2 : Simpan dan selesai
Updated on: 20/09/2022
Thank you!
