Articles on: Tetapan Domain

Bagaimana untuk tukar nama domain saya?

Dalam artikel ini:



Bagaimana untuk tukar domain .easy.co saya?

Bagaimana untuk tukar domain tersuai?


**1. Bagaimana untuk tukar domain .easy.co saya?**



Setiap kedai (percubaan atau langganan percuma) akan diberikan satu domain percuma yang dijana secara automatik. Domain tersebut dihoskan oleh EasyStore dalam format https://storename.easy.co. Sekiranya anda ingin menamakan domain berdasarkan nama kedai anda, anda boleh menambah domain tersuai dengan menekan butang _Add existing domain_ atau _Tambah domain yang ada_ di Panel Admin Easystore > Saluran > Kedai Online > Domain atau menjana domain tersuai anda dengan menekan butang _[Daftar domain baru](https://admin.easystore.co/settings/domain/new)_ atau _[Register a new domain](https://help.easystore.co/en/articles/506112-register-and-purchase-a-new-domain-through-easystore)_ dengan EasyStore atau penyedia perkhidmatan domain lain.

Domain ini dijana mengikut nama kedai yang didaftar semasa pendaftaran kedai. Misalnya, jika anda memilih nama kedai anda ABC 123 semasa pendaftaran kedai, kedai ini akan diberi domain https://abc123.easy.co.

Oleh itu, sekiranya anda ingin menukar domain ini menjadi https://xyz789.easy.co misalnya, anda boleh wujudkan kedai baru dan menamakan kedai XYZ 789. Anda sebenarnya juga boleh mewujudkan kedai baru menggunakan akaun e-mel yang sama.

Anda sangat digalakkan untuk menambah domain tersuai untuk kedai anda.

**2. Bagaimana untuk tukar domain tersuai?**



Domain tersuai merujuk kepada domain unik untuk kedai anda seperti domain .com atau .com.my. Untuk domain tersuai yang dibeli / didaftarkan melalui EasyStore, domain tersebut tidak dapat ditukar setelah domain tersebut disahkan oleh penyedia domain. Namun, anda dapat menambah beberapa domain untuk kedai anda pada masa yang sama.

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!