Articles on: Tetapan Domain

Pindah domain ke EasyStore

Dalam artikel ini:



Apakah pemindahan domain?

Senarai semak sebelum pemindahan

Minta pemindahan





**1. Apakah pemindahan domain?**



Pemindahan domain ke EasyStore bermakna anda menukar pendaftar domain anda kepada EasyStore dan EasyStore akan menjadi host domain anda. Pembaharuan domain berikutnya akan dibayar kepada EasyStore, sesuai untuk pengguna yang ingin mengurus kedai online dan domain bersama di EasyStore.




**2. Senarai semak sebelum pemindahan**



2.1 Hanya domain dengan extension berikut boleh dipindahkan ke EasyStore:

.co, .com, .net, .biz, .info, .me, .be, .it, .asia, .name, .click, .space, .club, .top,  .link, .one, .work, .xyz, .kim, .pet, .pro, .gift, .sexy, .run, .supply, .today, .family, .live, .studio, .trade, .online, .boutique, .camera, .care.


2.2 Pastikan domain anda telah didaftarkan lebih daripada 60 hari.


2.3 Pastikan domain anda dibuka ( unlocked )




2.4 Pastikan tetapan privasi domain anda ditetapkan sebagai umum ( public ) di host anda.



2.5 Pastikan alamat e-mel admin / pendaftar untuk domain adalah alamat e-mel anda sendiri kerana e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk meneruskan pemindahan.

Anda boleh semak maklumat hubungan domain anda di sini. Jika bukan alamat e-mel sendiri, anda boleh minta pembekal khidmat anda untuk mengubahnya.



2.6 Dimaklumkan bahawa bayaran yang termasuk pembaharuan domain selama satu tahun akan dikenakan pada kad anda untuk menyelesaikan pemindahan.






**3. Minta pemindahan**



Sebaik sahaja disahkan, anda boleh memberi kami butiran-butiran domain anda seperti di bawah untuk minta pemindahan.

Nama domain:
Nama organisasi:
Nama pendaftar domain:
Alamat:
Nombor hubungan:
Alamat e-mel:

💡 Tips : Hubungi kami dengan meninggalkan mesej di kotak chat terapung.



Artikel berkaitan:
Aktifkan SSL

Tambah rekod MX (emel hosting)

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!