Articles on: Tetapan Domain

Naik Taraf Perkhidmatan Untuk Domain Pihak Ketiga

Artikel ini akan menunjukkan cara untuk menukar Alamat IP domain anda ke Alamat IP yang terkini. Untuk makluman anda, EasyStore akan melaksanakan naik taraf infrastruktur perkhidmatan untuk meningkatkan kewibawaan laman web anda dengan syarikat keselamatan laman web baru. Naik taraf ini akan memberi kesan kepada mereka yang menggunakan domain pihak ketiga seperti Exabytes, NameCheap, GoDaddy, Shinjiru, dan lain-lain.

_Apakah yang dimaksudkan dengan domain pihak ketiga ?_

Domain pihak ketiga merujuk kepada mereka yang membeli domain dari pembekal perkhidmatan domain pihak ke-3 (contohnya: GoDaddy, Exabytes, Shinjiru, NameCheap dan lain-lain), dan menyambungkan nama domain ke EasyStore dengan point A Rekod (juga dikenali sebagai Alamat IP).

_Mengapa saya perlu menaik taraf ?_

_Apa yang perlu saya buat ?_

Anda perlu mengubah Alamat IP anda dan menambah Rekod TXT untuk domain anda. Sila rujuk kepada langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Log masuk ke dashboard pembekal perkhidmatan domain anda

Langkah 2: Tetapkan Rekod A anda ke alamat IP kami [ 162.159.128.56 ]

📌 Pastikan rekod DNS domain di point dengan betul untuk:

A Record - 162.159.128.56

CNAME - yourdomain.com (tanpa www)

TXT Record - Boleh rujuk Langkah 3 dan seterusnya untuk mendapatkan TXT Records.




Langkah 3 : Pergi ke EasyStore Admin Panel > Channels > Online Store > Domains dan tekan butang Upgrade.



Langkah 4: Pilih domain yang ingin anda naik taraf



Langkah 5: Tandakan pada kotak DigiCert Legal Repository dan Sahkan



Langkah 6: Salin Rekod TXT yang diberikan di sini dan tampalkannya pada dashboard perkhidmatan domain anda.



💡 Tips :

Jika anda melihat bahagian Time to Live (TTL) di dashboard pembekal perkhidmatan domain anda, sila pilih TTL yang paling pendek.

Tidak tahu apa itu Time to Live (TTL). Anda boleh tekan disini untuk maklumat lanjut.


Langkah 7 : Sebaik sahaja anda telah melengkapkan semua langkah-langkah di atas, sila klik pada butang "Verify Domain" untuk mempercepatkan proses.

Anda akan melihat status domain sebaik sahaja domain telah berjaya disahkan.



📌 Nota penting:

Naik taraf ini akan mengambil masa di dalam 30 minit hingga 1 jam untuk memberi kesan.

Anda dinasihatkan untuk melakukan naik taraf ini pada lewat malam atau ketika trafik kurang di kedai anda.


Bilakah tarikh akhir untuk menaik taraf_?_

Anda dinasihatkan untuk menaik taraf kepada alamat IP yang baru sebelum Khamis, 14 Oktober 2021. Selepas tarikh ini, Alamat IP yang lama tidak lagi tersedia dan akan dihentikan sepenuhnya pada Jumaat, 15 Oktober 2021 pada pukul 12:00 pagi.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul kerana naik taraf ini adalah untuk menyediakan prestasi yang lebih baik dan juga untuk tempoh sah sijil SSL yang lebih lama!

Di sisi lain, kami juga berharap perniagaan dalam talian anda akan lebih lancar selepas ini 😄🙏

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!