Articles on: Tetapan Domain

Mengapa domain saya tidak dalam talian?

🔔 Peringatan mesra :



Anda tidak boleh memiliki domain dengan hanya menambahnya ke kedai anda, anda perlu mendaftar dan membelinya terlebih dahulu. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui cara menambah domain dengan tepat ke kedai anda

______________________________________________________________

Artikel ini menerangkan:



Status domain.

Untuk domain yang dibeli melalui Easystore tetapi tiada dalam talian.

Untuk domain yang dibeli dari penyedia domain pihak ketiga tetapi tiada dalam talian.


**1. Domain status**



Jika anda mendapati bahawa domain anda tiada dalam talian, anda boleh menyemak status domain anda di Panel Admin Easystore > Saluran > Kedai Online > Domain > bersebelahan Domain Aktif. 

Tidak Disahkan - Domain anda tiada dalam talian. Anda boleh merujuk kepada langkah 2-3 untuk mengesahkan domain anda dan menyambung dalam talian.

Tidak terjamin - Setelah anda mengesahkan domain anda, domain anda sudah berada dalam talian tetapi tidak terjamin. Anda boleh klik pada Tidak terjamin > Aktifkan SSL percuma untuk menjamin laman web anda. Lebih lanjut mengenai sijil SSL.

Terjamin – Domain anda sudah berada dalam talian dan terjamin.




**2. Untuk domain yang dibeli melalui Easystore tapi tiada dalam talian**



2.1 Domain yang baru dibeli

Jika anda baru sahaja mendaftar dan membeli domain melalui EasyStore, domain anda kebiasanya akan disahkan dan terus dalam talian dalam lingkungan masa 24-72 jam.



2.2 Pastikan anda telah mengesahkan domain anda

Selepas membeli domain, anda akan menerima emel pengesahan di alamat emel berdaftar dengan domain anda. Anda perlu tekan pada pautan di dalam emel dan mengikut arahan yang diberikan untuk mengesahkan maklumat hubungan anda. Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan domain anda tidak disahkan dan keluar dari talian selepas 14 hari.

Sekiranya anda terlepas emel tersebut, sila hubungi kami di support@easystore.co untuk menghantar semula. Selepas tekan pada pautan pengesahan dalam emel, anda perlu berikan masa sehingga 24 jam untuk Sistem Nama Domain (DNS) dimuat semula.

2.3 Pastikan domain anda tidak tamat tempoh

Pergi ke Panel Admin Easystore > Tetapan > Domain> bersebelahan Domain Berdaftar, semak pada tarikh luput domain. Sekiranya domain telah mencapai tamat tempoh, anda boleh klik ke domain > tekan butang Memperbaharui Domain. 



**3. Untuk domain yang dibeli dari pihak ketiga tapi tiada dalam talian**



Pastikan anda telah tujukan domain anda ke Easystore dengan betul.

Anda perlu memastikan anda telah tujukan domain Rekod A anda kepada alamat IP EasyStore 52.74.233.82 dalam DNS anda (rujuk panduan ini). Sekiranya anda telah berbuat demikian, berikan masa sehingga 24 jam untuk DNS untuk dimuat semula.

Rekod A (juga dikenali sebagai Alamat IP), anda perlu tujukan kepada - 52.74.233.82

CNAME - tujukan kepada nama domain anda tanpa www. Contoh: easystore.co

Updated on: 27/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!