Kadar penghantaran yang berbeza untuk negara/negeri yang berbeza
Dalam artikel ini:
- Pengenalan
- Contoh senario
- Bahagian 1 : Tetapkan Zon A ( contohnya Semenanjung Malaysia ) dan kaedah penghantarannya
- Bahagian 2: Tetapkan Zon B ( contohnya Sabah & Sarawak ) dan kaedah penghantarannya
1. Pengenalan
Sudah tentu salah satu manfaat perniagaan e-dagang ialah anda boleh jual ke sebanyak kawasan yang mungkin = kepada seramai pelanggan yang mungkin. Oleh itu kami tahu anda mungkin perlu menetapkan kadar penghantaran yang berbeza untuk kawasan yang berbeza, yang kami panggil zon. Anda boleh membezakan zon-zon berdasarkan negara / negeri / poskod, seperti yang anda suka. Berikut adalah panduan bagaimana untuk menetapkan kadar-kadar yang berbeza ini.
2. Contoh senario
Anda ingin menetapkan kos penghantaran yang berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak.
3. Bahagian 1 : Tetapkan Zon A ( contohnya Semenanjung Malaysia ) dan kaedah penghantarannya
Langkah 1 : Tambah zon A ( Semenanjung Malaysia ). Pergi ke Admin EasyStore > Tetapan> Pengiriman > Tambah zon penghantaran.
Langkah 2 : Namakan zon ini dan pilih negara zon ini.
Langkah 3 : Sebaik sahaja negara terpilih, anda akan diminta untuk pilih lagi sub-kawasan ( ikut poskod atau negeri ).
Masukkan poskod - tentukan zon anda dengan memasukkan poskod secara manual
Pilih dari senarai - tentukan zon anda dengan memilih dari senarai negeri
Langkah 4 : Seterusnya, tambahkan kaedah penghantaran untuk zon ini.
Langkah 5 : Isikan tetapan untuk kaedah penghantaran ini. Anda boleh merujuk kepada pautan-pautan di bawah ada panduan untuk menetapkan setiap kaedah penghantaran.
- Kaedah penghantaran (Berdasarkan berat)
- Kaedah penghantaran (Berdasarkan kuantiti produk)
- Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap item)
- Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap pesanan)
Langkah 6 : Simpan dan siap dengan zon A ( Semenanjung Malaysia ).
4. Bahagian 2: Tetapkan Zon B ( contohnya Sabah & Sarawak ) dan kaedah penghantarannya
Langkah 1 : Kembali ke Admin EasyStore > Tetapan > Pengiriman > Tambah zon penghantaran untuk tambah zon B yang baru ( Sabah & Sarawak ).
Langkah 2 : Namakan zon ini dengan nama yang berbeza dan pilih negara zon ini.
Langkah 3 : Sama, anda akan diminta untuk memilih sub-kawasan lagi.
Langkah 4 : Ulangi langkah 3.4 & 3.5 di atas.
Langkah 5 : Simpan dan siap dengan zon B ( Sabah & Sarawak ).
**
**
Kini anda mempunyai dua zon penghantaran dengan kadar yang berbeza!
Updated on: 30/09/2022
Thank you!