Articles on: Tetapan Domain

Kelebihan membeli domain dari EasyStore

**1. Pengurusan DNS**



Untuk menyambungkan domain anda dengan EasyStore, anda memerlukan hosting DNS untuk point domain anda ke EasyStore.

Kebanyakan pembekal perkhidmatan domain tidak menyediakan hosting DNS, jadi anda perlu melanggan / membayar hosting DNS setiap tahun.

Jika anda membeli domain melalui EasyStore, anda boleh mendapatkan hosting DNS dan anda juga dapat menguruskan rekod DNS anda.

**2. Auto Setup**



Sekiranya domain anda dibeli dari EasyStore, A Record dan CNAME akan di set auto point ke EasyStore. 

Oleh itu, anda tidak perlu menambahkan kerja untuk mengkonfigurasi A Record dan CNAME. Kebiasaannya domain itu akan hidup dalam masa 15 minit.

**3. Sokongan Teknikal**



Sekiranya anda menghadapi masalah dengan nama domain anda, EasyStore akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan isu nama domain anda dan akan membantu isu teknikal selanjutnya.

**4. Auto Pembaharuan**



Untuk mengelakkan sebarang gangguan laman web disebabkan domain yang telah tamat tempoh, sistem kami akan mengenakan auto caj dan memperbaharui nama domain anda untuk memastikan status domain anda aktif.

Sebelum meneruskan pembaharuan auto, sistem akan menghantar emel peringatan untuk mengingatkan pemilik kedai bahawa sistem akan memperbaharui domain secara automatik (sebelum 1 bulan tarikh luput domain). Jika pemilik kedai tidak bersetuju / tidak membenarkan pembaharuan auto, pemilik kedai boleh meminta untuk membatalkan pembaharuan auto dengan pergi ke Admin EasyStore > Tetapan  > Domain > di sebelah Domain didaftarkan, klik ke domain > Matikan.

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!