Articles on: Tetapan Domain

Memindahkan domain dari EasyStore kepada pembekal perkhidmatan yang lain

Dalam artikel ini:



a. Pengenalan
b. Langkah-langkah untuk memindahkan domain dari EasyStore kepada pembekal perkhidmatan yang lain.

**a. Pengenalan**



Memindahkan domain bermakna anda menukar pendaftar domain anda dari EasyStore ke pembekal perkhidmatan lain yang akan menjadi hos domain anda. Dengan ini, pembaharuan domain anda akan dibayar kepada pembekal perkhidmatan yang baru.



**b. Langkah-langkah untuk memindahkan domain dari EasyStore kepada pembekal perkhidmatan yang lain**



Anda boleh meminta kod masuk dan kod EEP domain anda daripada kami untuk pemindahan domain. Sila hantarkan permintaan anda kepada  support@easystore.co,  atau anda boleh hubungi kami melalui  in-app messenger yang terdapat dalam EasyStore Control Panel.

Team kami akan memberikan kepada anda nama pengguna domain anda, pautan semula kata laluan dan kod EPP yang akan dihantar ke emel admin / emel yang berdaftar.

Selepas anda menerima butiran log masuk, anda boleh log masuk ke panel domain anda. Sila tetapkan tetapan domain anda untuk membuka kunci dan tetapan privasi terbuka kepada umum.

 Untuk memindahkan domain anda, sila pastikan domain anda didaftarkan lebih daripada 60 hari. Domain yang berdaftar kurang dari 60 hari tidak dibenarkan untuk dipindahkan.

💡 Tips : Hubungi kami dengan menghantar mesej pada kotak chat



Artikel berkaitan:

Kelebihan membeli domain dari EasyStore

Daftar dan beli domain baru melalui EasyStore

Pindah domain ke EasyStore

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!