Articles on: Tetapan Domain

Tambah domain tersuai untuk kedai anda.



Domain atau URL laman sesawang, boleh diibaratkan seperti alamat kedai anda yang ditaip di bar carian penyemak imbas untuk sampai ke kedai anda. Ini adalah cara pelanggan anda dapat mencari kedai anda di Internet. Anda boleh mempunyai beberapa domain untuk kedai anda.

Mempunyai nama domain tersendiri adalah penting untuk kedai anda. Ia membina jenama anda dan meningkatkan kredibiliti perniagaan anda. Domain yang mudah diingati juga akan meningkatkan trafik laman sesawang anda.

Artikel ini akan menerangkan:



Bagaimanakah mempunyai domain yang pelbagai akan menguntungkan kedai anda?

Cara untuk menambah domain yang tersuai untuk kedai anda

Cara untuk menetapkan domain utama


**1. Bagaimanakah mempunyai domain yang pelbagai akan menguntungkan kedai anda?**



Sebuah laman sesawang yang mempunyai beberapa domain lebih mudah untuk dijumpai. Prospek anda lebih suka jika mereka mempunyai lebih dari satu cara untuk mencari kedai anda ketika mengunakan enjin carian. 

💡 Tips : Kandungan yang kaya dengan kata kunci boleh memainkan peranan penting dalam pengoptimuman enjin carian (SEO).

Banyak perniagaan menggunakan pelbagai domain untuk melindungi jenama mereka. Berkemungkinan anda tidak teruja jika perniagaan lain mempunyai nama domain yang seakan dengan nama domain anda. Oleh itu, cara mudah untuk melindungi domain anda dalam talian adalah dengan mendaftarkan beberapa domain. Idea ini mudah sahaja: Jika anda memiliki domain sendiri, pesaing anda tidak akan dapat nama domain yang sama.  

**2. Cara untuk menambah domain tersuai untuk kedai anda.**



Jika anda tidak mempunyai sebarang domain, anda boleh daftar dan beli domain tersuai melalui Easystore.

Jika anda sudah mempunyai domain (dibeli melalui penyedia domain pihak ketiga), anda boleh tujukan domain sedia ada ke kedai anda.


**3. Bagaimanakah cara untuk menetapkan domain utama.**



Langkah 1: Pergi ke Panel Admin Easystore > Saluran > Kedai Online > Domain > Domain Aktif > Klik "**Edit"** bersebelahan domain tersuai yang baru.



Langkah 2: Tekan butang "**Set as primary**" untuk tetapkan sebagai domain utama > Simpan. 

💡 Tips : Anda boleh perhatikan pada

Status pengesahan domain (Domain verification status)

Status pengaktifan SSL (SSL activation status)

Tarikh luput SSL (SSL expiry date)




Langkah 3: Anda boleh lihat domain utama anda sebagai "Primary" di sini.

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!